NOTIS DATA PERIBADI UNTUK PEMBANGUNAN HARTANAH

Data peribadi anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada data peribadi yang diperoleh daripada borang pendaftaran / borang jualan / borang kajian / borang sub-jualan yang telah anda bekalkan kepada kami, ejen pemasaran dan jualan dan/atau pembekal perkhidmatan pengiklanan hartanah laman web kami, penyertaan anda dalam pertandingan kami dan/atau sebarang kemas kini selanjutnya yang dibekalkan kepada kami, IJM Land Berhad dan subsidiari, syarikat bersekutu, gabungan dan/atau ahli-ahli dalam kumpulan syarikat-syarikat IJM Land Berhad (dirujuk secara kolektif sebagai “kami” dalam Notis Data Peribadi ini) oleh anda berkenaan Data Peribadi anda (“Data Peribadi”), akan diproses oleh kami untuk tujuan menyediakan anda dengan maklumat tentang produk dan/atau perkhidmatan kami, menyediakan anda dengan perkhidmatan kami termasuklah untuk memohon pembekalan utiliti daripada pelbagai lembaga utiliti untuk anda, membantu sub-jualan anda, membekalkan maklumat peribadi anda untuk tujuan pembelian baru apabila diminta oleh pembeli baru, untuk manjalankan kewajipan dan/atau transaksi-transaksi yang telah anda minta, setuju dan/atau memberi kebenaran kepada kami untuk melakukan, untuk meminta maklumat tambahan mengenai maklum balas yang anda bekalkan tentang produk atau perkhidmatan yang sedang anda gunakan, untuk mendapat maklum balas dan/atau menjalankan tinjauan mengenai produk dan/atau perkhidmatan kami, untuk membekalkan anda dengan notis terlebih dahulu mengenai acara-acara kami, untuk anda menyertai pertandingan kami, untuk memberitahu anda tentang keluaran produk dan/atau perkhidmatan baru yang mungkin menarik minat anda, dan/atau tujuan-tujuan lain yang dirujukkan kepada di dalam Dasar Perlindungan Data Peribadi kami (secara kolektif, “Tujuan”).

Kami juga ingin memaklumkan anda bahawa Data Peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga, seperti kepada subsidiari, syarikat bersekutu, gabungan dan/atau ahli-ahli dalam kumpulan syarikat-syarikat IJM Land Berhad, rakan kongsi usahasama, pemilik tanah, Badan Pengurusan Bersama, perbadanan pengurusan, pihak berkuasa dan majlis tempatan, bank, pembekal kemudahan awam dan utiliti, jualan dan/atau sub-jualan dan/atau peguam pembiayaan semula, kontraktor kami, dan/atau pembekal perkhidmatan dan kelas-kelas pihak ketiga yang lain yang dirujukkan kepada di dalam Dasar Perlindungan Data Peribadi kami, yang mungkin terletak di dalam atau di luar Malaysia, untuk sebab-sebab yang berkaitan dengan Tujuan tersebut.

Anda boleh meminta akses atau pembetulan kepada Data Peribadi atau mengehadkan pemprosesan yang sama pada bila-bila masa selepas ini dengan mengemukakan suatu permintaan bertulis kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi kedaerahan kami seperti berikut:

Central Region
No. Tel: (603)7985 8188
No. Faks: (603)7952 9848
E-mel: pdpa.ijmlandpj@ijm.com
Penang
No. Tel: (604)296 1244
No. Faks: (604)296 1250
E-mel: pdpa.ijmlandpg@ijm.com
Seremban 2
No. Tel: (606)761 3888
No. Faks: (606)761 9888
E-mel: pdpa.ijmlands2@ijm.com
Bandar Rimbayu
No. Tel: 1700 81 8686
No. Faks: 1700 81 0526
E-mel: pdpa.ijmlandrimbayu@ijm.com
Johor
No. Tel: (607)339 1888
No. Faks: (607)333 4803
E-mel: pdpa.ijmlandjb@ijm.com
Johor (Sebana Cove)
No. Tel: (607)861 4888
No. Faks: (607)863 0369
E-mel: pdpa.ijmlandjb1@ijm.com
Johor (Nasa Land)
No. Tel: (607)357 8899
No. Faks: (607)359 1188
E-mel: pdpa.ijmlandjb2@ijm.com
Sandakan
No. Tel: (6089)671 899
No. Faks: (6089)673 860
E-mel: pdpa.ijmlandsdk@ijm.com
Kuching
No. Tel: (6082)231 678
No. Faks: (6082)252 678
E-mel: pdpa.ijmlandkch@ijm.com

Sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan Data Peribadi anda juga harus disalurkan kepada kami melalui cara ini.

Anda mewakili dan menjamin bahawa persetujuan pihak ketiga (contohnya, orang yang dihubungi semasa kecemasan, penyewa, wakil-wakil yang diberikan kuasa, kontraktor, peguam, ahli kewangan) di mana data peribadi mereka telah dibekalkan dan didedahkan oleh anda kepada kami telah diperoleh dengan secukupnya untuk membolehkan kami memproses yang sama berkenaan dengan Tujuan tersebut.

Sila ambil perhatian bahawa kami perlu memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan tersebut, di mana tanpanya kami tidak akan dapat menjalankan Tujuan tersebut.

Untuk maklumat lanjut tentang cara kami mengumpul dan memproses Data Peribadi anda, sila semak Dasar Perlindungan Data Peribadi kami. Senarai subsidiari, syarikat bersekutu, gabungan dan/atau ahli-ahli dalam kumpulan syarikat-syarikat IJM Land Berhad yang sedang memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan tersebut juga boleh didapati di laman web kami di www.ijmland.com.